Dalam hati Anwar, dia memang mahu reformasi – KJ


Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai figura yang begitu tekad dalam menerajui usaha reformasi negara.

Kenyataan itu dilontarkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin yang turut memuji tekad dan daya tahan Perdana Menteri yang terus berjuang menegakkan agenda reformasi di negara ini.

“Kalau orang tanya saya lah, apa ciri-ciri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang paling saya kagum, kamu rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim ini betul-betul reformasi atau retorik? saya rasa dalam hati dia, dia memang reformasi.

Sebab dia bukan orang baharu dalam Kerajaan, dia tahu realiti Kerajaan, pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, jadi Menteri Kewangan, dia adalah orang yang berpengalaman,” katanya.

Khairy Jamaluddin berkata demikian pada sesi Podcast BoraKrasi di laman Youtube Utusan TV pada Ahad.

Beliau yang juga baru diterima menyertai UMNO kembali turut menzahirkan rasa kagum dengan ketabahan Perdana Menteri yang menghadapi pelbagai cabaran seperti pengharaman parti politiknya serta tempoh beliau dipenjarakan sebelum ini.

“Bagi saya, beliau bukan sekadar pemimpin dengan karisma antarabangsa, tetapi seorang yang mempunyai ketahanan mental dan semangat juang yang tinggi.

“Sepanjang tiga tahun ini, beliau telah menghadapi pelbagai cabaran, termasuk digugurkan dari parti dan berdepan kritikan hebat, namun tetap meneruskan perjuangan reformasi,” jelasnya.

Belliau turut menekankan bahawa sama ada Perdana Menteri berjaya atau tidak dalam reformasi itu, perkara yang lebih penting adalah usaha dan kesungguhan Anwar Ibrahim dalam membawa perubahan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat