PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berjaya menerbitkan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA).
Menerusi kenyataan media, MCMC memaklumkan langkah itu dilaksana susulan terdapat sesi libat urus bersama pemain industri, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan, termasuk rundingan awam yang dijalankan dari 12 Februari hingga 31 Mac 2026.
“CPC dan RMC merupakan langkah penting dalam memperkukuh pendekatan Malaysia terhadap keselamatan dalam talian.
“Pelaksanaan obligasi utama di bawah ONSA ini juga adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan pengalaman digital yang lebih selamat bagi kanak-kanak dan keluarga,” katanya.
Sementara itu, RMC mewajibkan langkah proaktif termasuk penilaian risiko, tadbir urus kandungan, mekanisme pelaporan dan pengesahan pengiklan bagi mengurangkan risiko kandungan memudaratkan secara menyeluruh.
Untuk rekod, kedua-dua kod terbabit dijangka mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2026, dengan tempoh pelaksanaan munasabah diberikan kepada pemberi perkhidmatan bagi memastikan proses pengesahan berjalan lancar.
“Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) CPC dan Soalan Lazim (FAQ) RMC,” katanya.
Baca juga:








