Oleh: Tyah Helmi
TEHRAN/ WASHINGTON DC: : Iran bersama Amerika Syarikat (AS) masih menggantung jawapan samada mahu melanjutkan genjatan senjata selama 60 hari atau tidak.
Menerusi laporan berita portal Antarabangsa Al Jazeera, Presiden AS Donald Trump masih belum memberikan kelulusan rasmi perihal gencatan senjata itu.
Manakala dari pihak Iran pula berkata, teks Memorandum Persefahaman antara dua negara itu masih belum dimuktamadkan atau disahkan dan pengumuman rasmi kepada orang ramai akan dibuat setelah itu.
Sementara itu, Israel haram kian mengganas di Iran sehingga mengakibatkan jumlah terbaru 20 orang maut termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak di Beirut Selatan.
Perdana Menteri haram Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan tenteranya untuk menguasai sekurang-kurangnya 70 peratus Jalur Gaza meskipun sedang dalam tempoh gencatan senjata, sehari selepas serangan Israel di Bandar Gaza yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk kanak-kanak.
Baca juga:







