Lelaki kena halau lepas mengamuk, tumbuk penumpang dalam pesawat

Seorang lelaki yang menaiki pesawat penerbangan dari Singapura ke Filipina dihalau gara-gara bersikap agresif dengan mengganggu dan menampar penumpang lain.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu itu turut sempat dirakam oleh penumpang penerbangan dan dimuat naik ke media sosial.

Difahamkan, insiden terbabit berlaku pada Jumaat lalu, menunjukkan lelaki terbabit mengasari dan mengganggu penumpang lain.

Memetik laporan media tempatan, The West Australian, lelaki itu memulakan perjalanannya dari Perth, Australia dan menuju ke Manila, Filipina transit di Singapura.

“Akibat daripada tingkah laku yang tidak bermoral, kaki dan tangan lelaki itu telah diikat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.

“Kami akan mengambil langkah sewajarnya terhadap mana-mana penumpang yang menimbulkan risiko kepada keselamatan pelanggan dan kakitangan kami,” kata jurucakap syarikat penerbangan.

Dalam pada itu, lelaki tersebut turut didakwa sempat memberikan ugutan kepada penumpang berkenaan ketika dia diiring keluar dari pesawat.

Akibat daripada perbalahan itu, lelaki terbabit mengalami kecederaan di kepala.

Anda Mungkin Berminat