Seorang lelaki mengakui terkejut apabila mengetahui anak perempuan yang dinikahinya sendiri rupanya berkahwin dengan rakannya, yang juga seorang perempuan.
Kejadian yang berlaku di Cianjur, Jawa Barat kecoh apabila tular rakaman majlis pernikahan pasangan yang dikenali sebagai Ih dan Ay.
Memetik laporan media Indonesia, TribunNews, difahamkan, Ay pada awalnya sudah berkunjung ke rumah Ih untuk bertemu dengan ahli keluarga wanita berkenaan.
Bagaimanapun, Ay yang berpenampilan seperti lelaki itu tidak dibenarkan berkahwin dengan ‘kekasihnya’ kerana dikatakan gagal mempamerkan makluman diri kepada keluarga Ih.
Namun, setelah dua tahun, Ay kembali bertemu dengan keluarga Ih dan mengatakan dia sanggup untuk menampung semua kos perkahwinan selain memberitahu bahawa mereka sudah mendapat kebenaran daripada Pejabat Agama Cianjur.
Identiti sebenar Ay bagaimanapun terbongkar tiga hari selepas pernikahan dibuat apabila Ay disahkan sebagai seorang wanita.
Bahkan, kad pengenalannya juga mempamerkan foto dirinya mengenakan tudung dan maklumat bahawa dia merupakan seorang wanita.
Selain itu, keluarga Ih turut dilaporkan sudah membuat aduan di pejabat agama dan berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap pernikahan sejenis itu.