Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 44, membawa pulang dua trofi iaitu The Golden Voice Of The East (Anugerah Suara Emas Timur) dan The Trending Lifestyle Cosmetic Brand Of The Year (Anugerah Jenama Kosmetik Gaya Hidup Sohor Kini) bagi produk kosmetik jenamanya, Simplysiti di Anugerah The Knights yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.
Katanya, kemenangan tersebut bukanlah kerana dirinya seorang, tetapi berkat usaha, sokongan individu sekeliling dan rezeki Allah SWT.
“Penutup Tahun 2023 yang sangat istimewa . Terima kasih kepada The Knights Award terutama sekali kerana mengiktiraf produk saya, Simplysiti The Trending Lifestyle Cosmetic Brand Of The Year serta saya pula The Golden Voice Of The East.
“Kemenangan saya tidak kerana diri saya seorang, tetapi dengan izin Allah SWT serta sokongan orang sekeliling saya. Tahniah juga kepada semua penerima anugerah malam tadi,” ujarnya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Selain itu, pelantun lagu Cindai itu turut memberitahu, keterujaannya berpeluang berjumpa dengan penyanyi veteran, Datuk David Arumugam di acara tersebut.
Malah, Siti juga mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah pada malam itu.
Baca juga: