Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk meningkatkan penggunaan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan dengan harapan dapat mengurangkan kesan pertukaran asing terutama apabila dolar Amerika Syarikat (AS) lebih kukuh berbanding banyak mata wang negara Asia.
Perkara itu dinyatkaan Anwar dalam temu bual dengan media Jepun, Nikkei Asia ketika melakukan lawatan kerja selama lima hari di negara Matahari Terbit itu.
Katanya, ringgit mencatat kemerosotan berbanding mata wang negara Asia lain meskipun pertumbuhan ekonomi negara mempamerkan reaksi positif.
“Pertumbuhan baik, pengangguran rendah, inflasi rendah dan jumlah pelaburan masuk juga baik. Namun, bagaimana ringgit masih rendah? Ia bertentangan dengan asas ekonomi, tetapi tiada siapa ynag menjelaskan,” katanya.
“Dolar masih menjadi pengantaraan mata wang perdagangan dan pertukaran antarabansa. Ia akan mengambil masa, tetapi kami akan berusaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada itu secara beransur-ansur,” katanya.
Menurut Bank Negara Malaysia, sebanyak 19.7 peratus daripada perdagangan dengan Thailand, 17 peratus Indonesia dan 23.3 peratus dengan China dilakukan dalam mata wang tempatan setakat September.
Anwar turut memberitahu, pelabur asing terutama dari China, AS, Jepun, Korea Selatan dan Eropah berusaha untuk melakukan perlaburan meskipun menghadapi cabaran ekonomi termasuk permintaan eksport yang lemah.
“Apa yang amat memuaskan hati saya ialah kerana(Malaysia) tidak lagi berada di bahagian belakang industri (semikonduktor),” katanya.
Untuk rekod, tahun ini, ringgit Malaysia telah merosot sekitar 5 peratus berbanding dolar AS yang mencecah paras terendah dalam tempoh 25 tahun pada akhir Oktober sementara Rizab Persekutuan AS terus mencatat kenaikan.
Baca juga: