Polis Johor siasat video tular di Skudai

Polis Johor membuka kertas siasatan mengenai video tular di media sosial yang memaparkan pertengkaran antara jiran di sebuah blok apartmen di Taman Universiti, Skudai, Johor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata, mereka telah menerima laporan mengenai kejadian yang difahamkan berlaku pada 8 Disember lalu, di antara pukul 12.30 pagi dan 3.43 petang semalam.

“Pihak polis telah menemui satu video yang tular di media sosial berkaitan pertengkaran antara jiran yang bermula akibat perbezaan pendapat berhubung bunyi bising yang mengakibatkan ketidakselesaan di kalangan penghuni lain.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Inspektor Jeffri Joni di talian 011-65141322,” tambah beliau.

Video berdurasi satu mini 58 saat itu menunjukkan seorang lelaki memarahi seorang wanita yang dikatakan merupakan jiran di hadapan kediamannya.

Disebabkan bunyi bising dan menganggu tidurnya, perbalahan itu berlarutan dan berpanjangan dengan kehadiran seorang lagi lelaki lain yang dipercayai merupakan ahli keluarga wanita terbabit.

Kejadian tersebut disiasat mengikut Seksyen 13 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Baca juga: