Kepadatan jadual kerja punca Mohamad tidak berkesempatan bertemu dengan kakitangan KLN

Selepas dilantik sebagai Menteri Luar dalam rombakan kabinet yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan masih belum berkesempatan untuk menduduki pejabat baharunya.

Hal itu disebabkan beliau menjadi sebahagian daripada delegasi rasmi Perdana Menteri dalam lawatan kerja ke Jepun selama lima hari.

Beliau menggantikan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

Memetik Bernama. Mohamad berkata, kesuntukan waktu selepas pelantikannya dan lawatan kerja membuatkan beliau tidak berpeluang untuk bertemu dengan pegawai kementerian tersebut.

“Saya belum lagi menjejakkan kaki di pejabat baharu saya di Putrajaya tetapi saya sudah ada di sini sekarang sebagai Menteri Luar,” katanya.

Bagaimanapun, di Jepun, beliau dapat memperuntukkan masa daripada jadual padatnya, termasuk bertemu dengan kapten industri bersama Perdana Menteri dan menghadiri perjumpaan di Kementerian Luar Jepun dengan rakan sejawatnya Yoko Kamikawa.

Apabila ditanya mengenai pertemuannya dengan Yoko, beliau berkata: “Tiada masalah kerana saya pernah berjumpa dengan Yoko sebelum itu semasa saya Menteri Pertahanan.”

Semasa lawatan itu, Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN – Jepun dan Mesyuarat Pemimpin Komuniti Sifar Emisi Asia (AZEC) menawarkan sebuah platform terbaik untuk Mohamad membiasakan diri dengan rakan-rakan sejawatnya dari negara-negara ASEAN.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat