Polis cari saksi kejadian kemalangan maut di Sungai Besi

Polis meminta saksi kes kemalangan maut di Lebuhraya Sungai Besi, berhampiran dengan Menara PGRM Kuala Lumpur tampil ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi membantu siasatan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisoner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh pasangan suami isteri yang sedang dalam perjalanan ke Pandan Indah.

“Mangsa yang masing-masing berusia 45 dan 46 tahun menghala ke Pandan Indah, penunggang mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik.

“Pembonceng motosikal (isteri mangsa) kini berada di zon merah Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur.

“Pihak polis memohon pemandu kenderaan pacuan empat roda tampil ke JSPT Kuala Lumpur  di Jalan Tun. H.S.Lee bagi membantu siasatan berhubung dengan kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Orang ramai yang menyaksikan dan mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut juga boleh hubungi Pegawai Penyiasat Insp Wan Mohd Salehuddin Fitri Bin Wan Hassan di talian 019-3970048 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03- 2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69.

Baca juga: