Isma Aliff bebas penyakit angin ahmar, ikhtiar rawatan tradisional

Artis terkenal pada era 1980-an, Isma Aliff atau nama sebenar, Mohd Latiff Isma, 59, diserang strok dan dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu berusaha mencari alternatif bagi merawat penyakit berkenaan.

Menurut Berita Harian, pelakon senior itu bercadang untuk menjalani rawatan tradisional bagi merawat penyakit itu.

Tambah Isma, beliau sedang menguruskan ibunya yang terlantar di rumah ketika terkena serangan strok.

“Saya bercadang menjalani perubatan tradisional melalui proses urutan bagi merawat angin ahmar selepas dibenarkan keluar hospital seperti dicadangkan rakan-rakan,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Latiff Ismail dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi dan angin ahmar ringan sebelum terpaksa ditidurkan kerana jangkitan pada jantung serta paru-paru, sekarang sudah dipindahkan ke wad biasa dan boleh berinteraksi dengan pelawat.

“Saya bersyukur kerana hanya diserang angin ahmar ringan, tapi masih bergantung kepada bantuan alat pernafasan. Sudah boleh berinteraksi, cuma masih berasa kebas pada tangan kiri,” katanya.

Sebelum ditidurkan, Isma sempat menghubungi rakan baik yang juga artis seangkatan, Ebby Saiful Ali bagi memaklumkan keadaannya.

Dia terharu atas keprihatinan Ebby Saiful yang setiap hari meluangkan masa menziarahi dan menemaninya di hospital, termasuk memberi kata-kata semangat serta nasihat menjaga kesihatan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat