Ahli politik Thailand meluluskan empat draf undang-undang yang membenarkan perkahwinan sama jantina sekali gus bakal menyaksikan negara Gajah Putih itu membenarkan amalan songsang Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Kumpulan aktivis hak asasi sebelum ini menyatakan institusi Perlembagaan dan undang-undang Thailand masih mengamalkan diskriminasi terhadap golongan tersebut.
Seramai 371 ahli politik dalam Parlimen Thailand mengundi untuk meluluskan draf tersebut dan dijangka dibahaskan pada tahun depan.
Tahun lalu, Parlimen berbahas mengenai draf undang-undang yang sama, namun tidak melakukan pengundian sebelum sesi bahas berakhir.
Bagaimanapun, kata Timbalan Perdana Menteri Somsak Thepsuthin. draf undang-undang bertujuan untuk meminda beberapa peruntukan dalam kod sivik untuk membuka jalan kepada pasangan kekasih, tanpa mengira jantina mereka, untuk bertunang dan berkahwin.
“Ini akan memberikan hak, tanggungjawab dan status keluarga setaraf dengan perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada masa ini dalam semua aspek,” katanya.
Jika draf undang-undang itu mendapat perkenan diraja dan dikuatkuasa, Thailand bakal menjadi negara ketiga di Asia selepas Taiwan dan Nepal yang mengiktiraf perkahwinan sama jantina.
Baca juga: