Peminat bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), pastinya menyambut baik berita gembira apabila skuad Harimau Selatan itu berpeluang beraksi pada saingan Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) 2025.
Hal itu berikutan FIFA meletakkan JDT dalam senarai antara 12 kelab terbaik Asia sekali gus bersaing bagi mendapat tempat dalam saingan Mundial de Clubes FIFA.
Acara tersebut dijadualkam berlangsung pada tahun 2025 hadapan di Amerika Syarikat.
Dalam senarai FIFA itu, JDT berada pada kedudukan ke-11 dengan jumlah 38 mata.
Pemenang Liga Juara-Juara AFC 2021 Al Hilal SFC dan juara edisi 2022 Urawa Red Diamonds dari Jepun telah mengesahkan slot mereka untuk kejohanan yang dijadualkan pada 15 Jun hingga 13 Julai itu.
Untuk rekod, JDT mencatat kejayaan apabila muncul juara Liga Super sebanyak 10 kali, juara Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih, apabila sekadar menduduki tempat ketiga kumpulan dalam saingan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara AFC musim ini.
Baca juga: