Pemain beregu utama badminton Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil bagi meneruskan perjuanagn dalam Kejohanan Badminton All England 2024 apabila mara ke separuh akhir pada Jumaat.
Permainan cemerlang yang dipamerkan oleh Juara Dunia 2022 itu berjaya menundukkan beregu Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dengan 21-14, 21-11 hanya dalam 31 minit pada suku akhir kejohanan badminton di Utilia Arena Birmingham, Amerika Syarikat.
Selain itu, pasangan pilihan kelima tersebut dapat mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Muhammad Shohibul-Bagas, 5-0.
Namun, pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tewas kepada Lakshya Sen dari India dengan keputusan, 22-20, 16-21, 19-21.
Dalam masa sama, pemain berusia 25 tahun itu turut pulan bersama satu lagi wakil Malaysia iaitu beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah yang turut terkandas pada aksi suku akhir Jumaat lalu.
Pearly-Thinaah tewas dalam set penentuan kepada Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dari Jepun, 21-11, 18-21, 18-21, memetik laporan Bernama.
Baca juga: