Aaron-Wooi Yik mara perlawanan akhir Sukan SEA

Oleh: Tyah Helmi

BANGKOK: Aaron Chia-Soh Wooi Yik, pemain beregu negara berjaya melangkah ke perlawanan akhir Sukan SEA setelah mempamerkan aksi mantap.

Pasangan beregu yang memegang gelaran kedua dunia itu dalam prestasi cemerlang apabila mudah menewaskan beregu cemerlang apabila mudah menewaskan beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando–Bagas Maulana 21-10, 21-12 dalam masa 33 minit pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Universiti Thammasat, Pathum Thani pada Sabtu.

Mereka dijadual berdepan satu lagi gandingan Indonesia, Sabar Gutama–Moh Reza pada perlawanan akhir pada Ahad.

Aaron–Wooi Yik sebelum ini pernah meraih gelaran beregu lelaki Sukan SEA pada edisi 2019 di Manila dan pastinya berazam untuk menambah koleksi pingat emas mereka.

Sementara itu, pasangan ranking kelima dunia, Wei Chong–Kai Wun terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas kepada Sabar–Moh Reza 16-21, 17-21 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung selama 44 minit.

Bagaimanapun kemaraan rakan sepasukan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terkandas di peringkat separuh akhir.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat