Abang Koroy Tumbangkan DMA Islam, Bawa Pulang RM12,000

KUALA LUMPUR: Malam penuh aksi di The Cage, Lalaport menjadi saksi aksi mengejutkan apabila Awie MBR atau lebih dikenali sebagai Abang Koroy, berjaya menumbangkan pencabarnya DMA Islam melalui knockout (KO) di pusingan ketiga.

Pertarungan yang dinanti ramai itu menyaksikan Abang Koroy tampil bertenaga sejak awal pusingan, mengasak DMA Islam dengan rentak agresif dan strategi yang kemas.

KO yang dilakukan pada pertengahan pusingan ketiga membuatkan seluruh arena bergema dengan sorakan penonton.

“Berjaya tumbangkan DMA Islam menerusi KO di pusingan ketiga.

“Kemenangan ini menyaksikan Abang Koroy membawa pulang wang kemenangan RM10,000 dan tambahan RM2,000 hasil kemenangan KO,” menurut kenyataan rasmi pihak penganjur.

Kemenangan itu bukan sahaja menambah koleksi kejuaraan peribadi Abang Koroy, malah mencuri perhatian komuniti sukan tempatan dan peminat seni mempertahankan diri yang kagum dengan prestasinya.

Anda Mungkin Berminat