Ada yang sanggup bergadai nyawa, berikut 5 aktivis dunia memperjuangkan hak wanita

Bercakap tentang isu kemanusiaan semestinya tiada berpenghujung meskipun sesebuah negara telah diisytiharkan merdeka.

Ini jelas apabila dapat dilihat dengan mata kasar apabila masih ramai rakyat di serata negara yang menerima layanan diskriminasi, sama ada dari sudut sosial, pendidikan atau lain-lain.

Boleh dikatakan, situasi tersebut sering dialami oleh golongan wanita apabila ada segelintirnya tidak diberi peluang pendidikan, pekerjaan mahupun hak dalam rumah tangga.

Bagi mengubah keadaan itu, tentunya memerlukan keberanian seperti yang telah dilakukan oleh beberapa wanita hebat dunia.

Walaupun ada antaranya masih muda, mereka mempunyai keazaman yang berterusan untuk menegakkan keadilan dan hak masyarakat.

Berikut merupakan lima aktivis yang bersungguh memperjuangkan hak wanita di seluruh dunia:

  1. Malala Yousafzai

Malala Yousafzai ialah seorang aktivis Pakistan berusia 26 tahun. Beliau merupakan wanita termuda yang pernah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel melalui aktivisme hak asasi manusia yang secara khususnya menumpukan pada Hak Wanita.

Bermula dari kempen pendidikannya seawal usia 11 tahun dengan menulis blog tanpa nama untuk BBC tentang Taliban di Lembah Swat Pakistan. Di bawah nama pena Gulmakai, dia menulis tentang larangan pelampau terhadap pendidikan kanak-kanak perempuan.

Siapa sangka keberanian Malala pada usia yang begitu muda mempunyai sifat empati yang sangat tinggi. sehingga berani mengambil risiko besar dan bersedia untuk menyelamatkan orang yang memerlukan bantuan.

2. Oprah Winfrey

Oprah Winfrey merupakan seorang artis, penerbit dan pengacara televisyen. Beliau pernah menerima pencalonan Anugerah Akademi pertamanya untuk filem pertamanya, ‘The Color Purple’.

Oprah Winfrey berjaya membentuk satu tindakan melalui hasil kerjayanya untuk membanteras penderaan kanak-kanak, beliau malah pernah mengalami penderaan pada usia muda.

Winfrey akhirnya menjadi tokoh wanita paling berpengaruh di Amerika dalam menegakkan hak wanita dan mempunyai kecerdasan tinggi untuk menyelesaikan segala jenis masalah.

3. Michelle Obama

Seorang lagi aktivis wanita yang paling berpengaruh dalam memperjuang hak wanita di seluruh dunia ialah Michelle Obama.

Menurut laporan, Michelle Obama berkata bahawa beliau memerlukan pemikiran wanita dari pelbagai perspektif dan kepercayaan dengan tujuan untuk memperoleh pelbagai pengalaman berbeza.

Bukan itu sahaja, Michelle Obama berperanan menegakkan hak wanita, beliau dilihat sebagai aktivis dalam memperjuangkan kebebasan.

4. Marley Dias

Aktivis dunia seterusnya ialah Marley Dias, seorang gadis yang bersemangat tinggi berkempen untuk #1000BlackGirlBooks untuk didermakan kepada sekolah dan perpustakaan.

Dias berpendapat bahasa masih banyak kekurangan keadilan untuk hak wanita, terutamanya wanita kulit hitam.

Malah sehingga kini, jurang sosial masih sering berlaku dalam kalangan masyarakat di seluruh pelusuk dunia.

Melalui buku yang ditulis Dias, beliau berharap dapat membawa perubahan dalam kehidupan kanak-kanak dan memperjuangkan hak wanita. Keupayaan yang dimilikinya adalah seperti seorang pemimpin yang bersolidariti dan sifat ingin tahu yang tinggi.

5. Kamala Harris

Kamala, 55, yang juga keturunan India di sebelah ibunya dan Jamaica di sebelah bapanya, menjadi naib presiden wanita pertama di Amerika Syarikat (AS).

Peranan paling penting yang pernah digalas beliau sebagai gandingan Biden adalah representasi terhadap jutaan wanita yang selama ini terpinggir dalam politik AS, walaupun wanita memiliki demografik yang besar iaitu kira-kira 51.1 peratus.

Memetik laporan Reuters, beliau berkata; “Wanita mesti mempunyai kebebasan untuk bercakap dan memilih untuk mengukuhkan demokrasi tanpa membezakan antara jantina sekali gus demokrasi akan berjaya apabila kita dapat membantu orang yang lemah.”

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat