PETALING JAYA: Tiga minggu berkenalan di aplikasi mencari teman, Bigo, seorang pemuda rupanya kena ‘scam’ dengan ‘perempuan berloceng’.
Kejadian malang ini dikongsikan oleh seorang wanita yang juga kakak kepada pemuda tersebut di laman Facebooknya.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Maya Syuhada Rosley, adiknya tidak pernah melihat wajah ‘perempuan itu’ sepanjang mereka berhubung menerusi aplikasi Whatsapp dan panggilan video kerana dia memakai purdah.
Kongsinya, ‘perempuan itu’ memperkenalkan dirinya sebagai Hidayah, berasal dari Sabah, seorang mualaf, tidak mempunyai adik beradik, ibu dan ayah sudah meninggal dunia, tinggal di Kuala Lumpur dan belajar di Dubai.
Macam mana boleh kantoi Hidayah ini ‘perempuan berloceng’? Ini kisahnya…
“Perempuan itu nak datang rumah ibu Maya, nak beraya dekat sini sebab dia tak ada siapa-siapa. Dengan senang hati, kami approved (benarkan) dia datang.
“Jadi, adik lelaki bawa dia balik Pontian. Sepatunya dia nak datang Pontian 28 atau 30 Mac, tetapi dia nak datang cepat iaitu pada 26 Mac,” tulis Maya.
Kata Maya, sehari sebelum tiba di sana, Hidayah sempat memberitahu Maya bahawa saiz badannya sedikit besar selain mengakui personalitinya yang seperti tomboi.
Tibalah hari yang dinanti, Hidayah pun tiba selepas dijemput oleh adik lelakinya di perhentian bas Pontian, sambil menyeloroh adiknya teruja berjumpa dengan ‘aweknya’ itu.
Jeng,jeng,jeng! Maya kata dia merasa pelik apabila berjumpa depan-depan dengan Hidayah dan banyak persoalan yang timbul.
“Sesuai ke dengan adik aku? Betul ke perempuan itu sama dengan gambar? Kenapa macam mak orang?,” fikiran Maya mula dipenuhi persoalan sampai karipap yang hendak dibuat pun ‘terkubur’ di atas meja kerana Hidayah.
Macam mana boleh kantoi?
Waktu di rumah itu, Hidayah tidur bersama ibu Maya. Ketika hendak tidur, ibu meminta dia membuka purdah, namun dia enggan berbuat demikian dengan alasan sudah terbiasa tidur dengan berpurdah.
Sedang enak tidur ini, kain purdah Hidayah terlucut… Kata Maya, seluruh ahli keluarga dia terkejut dan terus cari kad pengenalan Hidayah, lalu mendapatkan bantuan daripada polis.
Hasil soal siasat dengan polis, lelaki itu mengaku dirinya khunsa dan polis tidak menolak kemungkinan seluruh ahli keluarga Maya dipukau kerana mudah menerima kehadiran dia.
Kisah ini mencuit hati netizen dan ada yang merasa takut dengan kejadian itu.
“Nama dah betul memang Hidayah, Tapi ini Hidayah yang berloceng, aduh Hidayah, memalukan Hidayah yang lain,” seloroh Leha Heedaya
“Seram wei!,” tulis Saiful Shahlan.
“Tengok gaya macam nak merompak, maybe dia duduk area situ je,” kata Puan Shafiqa.
Baca juga: