ADUN Sungai Bakap, Nor Zamri Latif meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.38 tengah hari di Hospital Seberang Jaya pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

“Allahyarham sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya lebih tiga minggu akibat keradangan dalam perut yang dialaminya.

“Allahyarham Nor Zamri menghembuskan nafas terakhir jam 1.38 tengahari tadi,” jelas Iszuree.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Masjid Sungai Acheh, pada pukul 6.00 petang.

Pada hujung April yang lalu, Nor Zamri dikhabarkan dimasukkan ke hospital berkenaan dan terpaksa ditidurkan doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU) tersebut akibat keradangan di bahagian perutnya.

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon dari Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan jumlah majoriti 15,433 undi.

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat