AGC Fail Rayuan, Keputusan Yusoff Rawther Dicabar

PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan Muhammed Yusoff Rawther daripada pertuduhan berat berkaitan dadah dan senjata telah mencetuskan reaksi pantas daripada pihak pendakwaan.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan bahawa Notis Rayuan telah difailkan bagi mencabar keputusan tersebut yang dibuat pada 12 Jun 2025 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tertuduh sebelum ini dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri di akhir kes pendakwaan.

“Jabatan ini merujuk kepada keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Jun 2025 yang telah melepaskan dan membebaskan tertuduh Muhammed Yusoff Rawther tanpa dipanggil untuk membela diri di akhir kes pendakwaan bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 [Akta 206].

“Kes ini melibatkan dua pertuduhan serius – pertama, di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan; kedua, di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda, atau kedua-duanya.

Langkah Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan memperlihatkan pendirian tegas badan itu dalam menjunjung prinsip keadilan dan memastikan keputusan perundangan diteliti secara menyeluruh di peringkat lebih tinggi.

Anda Mungkin Berminat