PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes kematian kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsuddin diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam satu kenyataan, AGC menyatakan ia demikian selepas mendengar taklimat hasil laporan siasatan yang dibuka oleh pihak polis ke atas kematian Syamsul.
“Setelah ditaklimatkan dan meneliti hasil laporan siasatan tersebut, jabatan ini telah mengarahkan kes kematian ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk siasatan seelanjutnya oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia),” menurut kenyatan terseebut pada Selasa.
Terdahulu, kes ini mendapat perhatian negara apabila ibu Allahyarham Syamsul, Ummu Haiman Bee Daulatgun membuat permohonan bagi menggali semula kubur anaknya untuk bedah siasat kedua.
Hal ini selepas Ummu percaya ada kelainan dalam kematian anaknya.
Syamsul Haris meninggal dunia pada 28 Julai lalu ketika menjalani latihan di PULADA, Ulu Tiram, sebelum dikebumikan sehari kemudian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu.
Baca juga:








