Agong Berangkat Ke Majlis Perasmian Masjid UPNM Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi oleh paduka anakanda, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.

Majlis penuh keberkatan itu turut dihadiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Masjid UPNM Sultan Ibrahim yang menampilkan seni bina Islamik moden mula dibina pada tahun 2022 dan siap sepenuhnya pada tahun 2024.

Dengan kapasiti menampung sehingga 3,500 jemaah, masjid itu bukan sahaja menjadi mercu tanda baharu di UPNM, malah simbol kepimpinan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Agama Islam.

Penamaan masjid ini mencerminkan keperibadian dan keteguhan prinsip Baginda dalam memartabatkan syiar Islam.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil.

https://malaysiabangkit.com/malaysia-indonesia-rancang-pertemuan-demi-kestabilan-serantau

Anda Mungkin Berminat