Agong berkenan tinjau persiapan penghantaran 60 tan muatan bantuan kemanusiaan ke Palestin

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin berkenan membuat tinjauan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada Isnin bagi meninjau persediaan akhir penghantaran ketiga misi bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia ke Palestin.

Seri Paduka yang diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa kira-kira sejam memeriksa bantuan berkenaan yang dikumpulkan di gudang penyimpanan di terminal selain memeriksa bantuan yang dimasukkan ke dalam pesawat kargo sewaan khas untuk menghantar untuk menyempurnakan penghantaran bantuan tersebut.

Menurut kenyataan media Wisma Putra, penghantaran itu melibatkan 60 tan muatan itu melibatkan pelbagai barangan antaranya 35.57 tan barangan perubatan, 6.62 tan makanan sedia dimakan, 4.35 tan barangan keperluan bayi dan 13.46 tan persiapan musim sejuk termasuk tilam dan selimut.

Menerusi penghantaran ketiga itu, Malaysia sudah menghantar barangan bantuan mencecah 100 tan, selepas penghantaran pertama dan kedua masing-masing melibatkan barangan seberat 20 tan.

Pesawat khas berkenaan dijangka berlepas melalui KLIA awal pagi Selasa dan mendarat di Lapangan Terbang Tentera Al-Arish, Mesir pada hari sama.

“Bantuan berkenaan akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk disalur kepada penduduk Palestin di Gaza,” jelas kenyataan tersebut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat