JOHOR: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berjalan kaki meninjau persekitaraan Istana Besar Johor, hari ini.
Turut menyertai langkah itu ialah Menteri Besar Johor dan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.
“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer meninjau persekitaraan Istana Besar Johor bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghaz.
“Mengiringi bersama Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Dr Azmi Rohani,” menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Dalam sesi tersebut, Seri Paduka Baginda turut berkenan melawat Taman Botani Diraja Johor, sebuah lokasi hijau yang menjadi lambang kelestarian dan warisan negeri.
“Sambil melakukan aktiviti bersenam, Seri Paduka Baginda turut berkenan melawat Taman Botani Diraja Johor pada hari ini (18 Julai),” kata kenyataan itu.








