Agong luang masa ‘walkabout’ bersama PM di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menyertai sesi ‘walkabout’ bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar ibu kota, hari ini.

“Dalam suasana penuh mesra, Seri Paduka Baginda bersama Anwar berjalan kaki menyusuri Jalan Bukit Bintang” menurut catatan di Facebook rasmi baginda.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri bagi mesyuarat mingguan yang menjadi rutin bagi membincangkan hal ehwal pentadbiran negara.

Sesi ‘walkabout’ itu mencerminkan hubungan akrab antara pemimpin tertinggi negara dengan rakyat serta usaha mendekati masyarakat dalam suasana santai.

Sultan Ibrahim sejak awal pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 kerap turun padang bertemu rakyat, mencerminkan sikap baginda yang mesra dan prihatin terhadap perkembangan negara.

Anda Mungkin Berminat