Agong Mahu Kempen Antibuli Diadakan Secara Menyeluruh

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan titah agar kerajaan melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah.

Sultan Ibrahim bertitah, bertitah, budaya buli yang tidak dibendung sejak awal berisiko melahirkan generasi hilang nilai hormat dan kasih sayang sesama insan.

“Buli bukan sahaja merosakkan mental dan emosi mangsa, malah boleh membawa kepada pelbagai tragedi.

“Anak-anak perlu diberi penerangan sejak usia kecil mengenai bahaya budaya ini. Kempen yang dilaksanakan mampu membimbing mereka memahami erti saling menghormati dan berdisiplin,” titah baginda dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sultan Ibrahim turut bertitah, penggubalan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 membuktikan komitmen kerajaan membanteras isu buli secara tegas.

Baginda menegaskan usaha itu memerlukan pendekatan menyeluruh merentasi kementerian dan agensi bagi memastikan jenayah buli dapat ditangani dengan berkesan.

Dalam masa sama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan menyambut baik titah Agong dan akan memastikan mesej antibuli disampaikan dalam bentuk yang mudah difahahmi kanak-kanak.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat