PETALING JAYA: KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.
Seri Paduka Baginda bertitah bahawa hubungan erat antara kaum bukan sahaja menjadi asas kekuatan negara, malah berperanan sebagai pemangkin perpaduan yang kukuh.
“Dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, keharmonian tercipta apabila kita saling hormat menghormati dan memahami di antara satu sama lain.
“Bersama-sama kita membina masa depan yang lebih aman, bersatu-padu serta makmur.
“Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda pada hari ini.