Agong santap pagi bersama rakyat, tinjau kebersihan Kuala Lumpur

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan kakitangan baginda di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi baginda, dalam suasana penuh mesra, baginda turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama rakyat.

Rakyat juga teruja berpeluang bertemu secara langsung dengan Seri Paduka Baginda.

Selepas selesai menikmati santapan pagi, baginda berkenan berjalan kaki meninjau kebersihan dan keadaan persekitaran di sekitar kawasan ibu kota.

Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap kebersihan serta kesejahteraan persekitaran awam, sejajar dengan usaha memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar raya yang bersih dan teratur.

Anda Mungkin Berminat