oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain, hari ini.
Dalam satu hantaran di Facebook rasmi baginda, turut dimaklumkan bahawa Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah juga berangkat bersama.
“Pada pertemuan itu, Perdana Menteri mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara, selain bertanyakan khabar kesihatan Seri Paduka Baginda,” kata kenyataan tersebut.
Dalam satu hantaran lain, Perdana Menteri turut memanjangkan kesyukuran terhadap kesihatan Seri Paduka Baginda yang baru-baru ini menjalani rawatan.
“Semoga Baginda Tuanku terus dikurniakan keafiatan yang baik untuk memayungi negara, Insya-Allah,” ujarnya.
Anwar tiba di Bahrain untuk menghadiri lawatan rasmi yang diundang oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.
Semalam, Sultan Ibrahim dilaporkan menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di luar negara.
Baginda dijangka berangkat pulang ke Malaysia pada 21 Februari ini selepas berangkat ke luar negara pada 7 Februari lalu untuk mendapatkan rawatan tersebut.
Baca juga: