Agong Terima Menghadap Anwar, Dimaklum Hasil Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu antara lain memaklumkan Seri Paduka mengenai hasil Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan sidang berkaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur minggu lalu.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum ini memaklumkan bahawa sebanyak 80 dokumen hasil telah diterima dan diluluskan sepanjang sidang berkenaan, termasuk kenyataan bersama pemimpin ASEAN dengan Amerika Syarikat (AS), Jepun, India, New Zealand dan Australia.

Antara pencapaian penting turut direkodkan ialah pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja, yang disaksikan Perdana Menteri dan Presiden AS, Donald Trump.

Malaysia juga secara rasmi menyerahkan Kepengerusian ASEAN kepada Filipina, menandakan peralihan kepimpinan menjelang penutupan tahun kepengerusian Malaysia bagi 2025.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat