KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan selain membincangkan isu-isu semasa yang berkepentingan kepada negara.
Pertemuan antara Perdana Menteri dan Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Bukit Tunku pada 24 Februari.
Sesi menghadap itu merupakan antara pertemuan berkala bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negara berjalan lancar selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Baca juga:








