Agong Terima Menghadap PM, Bincang Urusan Pentadbiran Dan Isu Semasa

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan di Istana Bukit Tunku pada Isnin.

Dalam pertemuan tersebut, Seri Paduka Baginda dipersembahkan perkembangan terkini berkaitan urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi baginda, perbincangan itu turut menyentuh pelbagai isu semasa yang berkaitan kepentingan negara.

“Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Anda Mungkin Berminat