Agong tidak layan ‘kerenah’ pihak cuba menggugat Kerajaan Perpaduan

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim tegas mengatakan baginda tidak akan melayan mana-mana pihak yang cuba mengugat kestabilan politik negara.

Baginda bertitah, semua pihak perlu menghormati Kerajaan Perpaduan dalam mengurus tadbir negara masa ini.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak akan melayan sebarang permintaan dari mana-mana pihak yang cuba menggangu-gugat kestabilan politik negara.

“Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.

“Jika ada yang hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,” titah baginda.

Baginda bertitah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen pada Isnin.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat