Agong Zahir Ucapan Selamat Hari Tentera Darat Ke-93

KUALA LUMPUR: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia serta para veteran yang telah menabur bakti demi negara.

Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan pengorbanan warga tentera darat dalam mempertahankan kedaulatan tanah air serta memelihara keamanan negara.

Dalam titahnya, Sultan Ibrahim menekankan bahawa nilai integriti perlu menjadi tunjang utama dalam setiap lapisan warga pasukan, selain berkhidmat dengan penuh profesionalisme demi memastikan Malaysia kekal aman dan berdaulat.

“Al-Fatihah buat para anggota serta veteran yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

Anda Mungkin Berminat