Ahmad Fauwaz Dilantik Sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji TH-JAKIM

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan Ahmad Fauwaz Fadzil sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (JPIH) TH-JAKIM bagi tempoh 4 Februari 2026 hingga 31 Disember 2027.

JPIH berfungsi sebagai badan penasihat yang memberikan panduan berkaitan pelaksanaan ibadat haji termasuk penentuan hukum-hakam serta penyelesaian isu-isu ibadah haji yang dihadapi jemaah.

Dalam satu hantaran di Facebook, TH berkata, pelantikan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan kebajikan dan kesempurnaan ibadah jemaah haji sentiasa menjadi keutamaan.

“Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan kebajikan dan kesempurnaan ibadah jemaah haji sentiasa menjadi keutamaan,” menurut kenyataan tersebut.

Dengan pengalaman dan kepakaran Ahmad Fauwaz sebagai Mufti Wilayah Persekutuan, pelantikan itu dijangka memperkukuh lagi peranan JPIH dalam membimbing jemaah haji Malaysia agar dapat menunaikan ibadah dengan lebih sempurna dan teratur.

Anda Mungkin Berminat