Ahmad Terrirudin desak benarkan Peguam Negara jalankan tugas tanpa ada sebarang pengaruh

Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mengharapkan agar kumpulan individu berpentingan memahami dan menghormati hak Peguam Negara sekali gus bertindak secara adil kepada semua pihak.

Kata beliau, Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mendakwa dan tidak meneruskan prosiding jenayah tanpa perlu memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak.

“Peranan Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya adalah tertakluk dan dan dilindungi mengikut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan memula dan menghentikan pertuduhan jenayah adalah di bawah budi bicara Pendakwa Raya selepas meneliti semua bukti yang sudah dikemukakan pihak penyiasat dan mengambil kira keperluan undang-undang dan prosedur Kanun Jenayah,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau turut menekankan, pihaknya perlu dibenarkan untuk melaksanakan tugas dengan baik mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis sedia ada tanpa gangguan luar.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat