KUTIPAN 283.65 mata sudah memadai Nur Dhabitah Sabri layak ke separuh akhir acara 3 meter (m) papan anjal.
Dalam saingan kelayakan itu, Nur Dhabita memulakan terjunan pertama dengan agak baik apabila menyamai wakil China, Chen Yiwen dengan meraih 67.50 mata namun catatannya makin menurun pada tiga terjunan selepas itu sebelum melengkapkan terjunan lima dengan 51.15 mata.
Bagaimanapun, kedudukan ke 12 keseluruhan sudah memadai buat Nur Dhabitah untuk melengkapkan 18 penerjun ke separuh akhir yang dijadualkan berlangsung petang ini.
Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan penampilan ketiga Nur Dhabitah selepas Tokyo 2020 dan Rio 2016