Tujuh anggota pasukan elit Polis Diraja Malaysia (PDRM), VAT 69 Komando mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meletakkan nama mereka dalam The Malaysia Book of Records selepas melakukan aksi terjun payung bebas tertinggi.
Terjunan bersejarah tersebut disempurnakan oleh Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin, Sarjan Mejar Ahmad Basri Salleh, Sarjan Shamshur Sador, Sarjan Zainal Abiddin Zakaria, Sarjan Nor Saiful Izwan Mohd Noor, Sarjan Shahril Afiza Zahari dan Sarjan Mohd Hazlan Zakaria.
Kesemua penerjun melakukan terjunan tertinggi di waktu malam dengan menaiki pesawat Agusta Westland 139 milik Pasukan Gerakan Udara, yang dikenadalikan oleh Juruterbang dan Pemerhati Udara Pasukan dikeutuai oleh Superintendan Mohd Fairuz Jamil, ASP Mohd Huzir Yahaya, Sub Inspektor Mohd Yani Abdul Malek, Sarjan Nor Airie Mohd Nasir, Koperal Saiful Azzam Zubair dan Koperal Muhammad Faizzul Zulkifli.
Sijil Anugerah The Malaysia Book of Records disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Datuk Seri Fadillah Yusof kepada Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang mewakili pucuk pimpinan pasukan.
Aksi penerjun itu diadakan sempena perasmian Anak Sarawak International Half Marathon 2024 (ASIHM24) pada 3 Februari lalu.
Baca juga: