Aktif promosi aktiviti tidak bermoral di media sosial, MCMC dan PDRM berjaya tumpaskan geng ‘swinger’

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan kegiatan ‘swinger‘ di Kedah dan Johor.

Kumpulan yang mengamalkan trend hubungan bertukar pasangan untuk tujuan hubungan seks itu dipercayai aktif mempromosikan aktiviti tidak bermoral mereka di aplikasi X.

Operasi yang dilaksanakan MCMC dan PDRM telah menemukan sekumpulan swinger yang memiliki sejumlah video lucah menerusi rampasan telefon bimbit, komputer dan pemacu pena dalam serbuan berkenaan.

“Polis menahan tiga suspek berusia lingkungan 39 hingga 50 tahun yang berperanan sebab admin bagi profil X swinger. Mereka juga menjual kandungan lucah untuk meraih keuntungan.

“Modus operandi suspek ialah memuat naik klip video pendek menerusi platform X, dan individu yang berminat untuk melihat video penuh perlu melanggan dengan membayar sejumlah wang kepada mereka untuk mendapatkan pautan video penuh di aplikasi Telegram,” kata kenyataan MCMC pada Rabu.

Langganan video penuh tersebut perlu dibayar dalam anggaran RM100 ke RM400 kepada admin berkenaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan jika disabit kesalahan, pesalah didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

MCMC turut menegaskan bahawa orang ramai tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian media digital dengan mempromosikan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat