Aliran trafik lebuh raya utama perlahan sempena cuti Krismas, cuti sekolah

PETALING JAYA: Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti Krismas serta cuti persekolahan akhir tahun.

Menurut Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), setakat pukul 2:15 petang, peningkatan jumlah kenderaan dikesan di beberapa lebuh raya utama melibatkan laluan utara, selatan (LUS) sekitar Sungkai.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, trafik perlahan dilaporkan dari Rawang ke Bukit Beruntung, Slim River ke Bidor, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Kuala Kangsar ke Changkat Jering, Bandar Baharu ke Jawi, Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua serta Sungai Petani Selatan ke Sungai Petani Utara.

Bagi arah selatan pula, aliran trafik bergerak perlahan dari Seberang Jaya ke Juru serta dari Juru Auto City ke Plaza Tol Juru.

Selain itu, aliran trafik di PLUS arah selatan dari Bukit Gambir ke Tangkak turut terjejas susulan kemalangan di Kilometer (KM) 173.0 yang menyebabkan lorong kanan terhalang. Keadaan sama dilaporkan selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat