AMANAH Ingatkan Ahli Jangan Campur Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengeluarkan peringatan kepada semua ahli dan pimpinan parti agar tidak mencampuri urusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berlangsung ketika ini.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil, AMANAH menegaskan bahawa proses pemilihan dalam PKR merupakan urusan dalaman parti itu dan harus dihormati sebagai sebahagian daripada amalan demokrasi.

“Pentas pemilihan ini adalah urusan keluarga Keadilan, maka pimpinan dan ahli Amanah di semua peringkat tidak harus mencampuri proses ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar tiada sebarang komen atau pandangan dikeluarkan oleh mana-mana ahli AMANAH di platform media atau mana-mana wacana awam yang boleh dilihat sebagai menyokong mana-mana calon yang bertanding.

“Langkah ini penting bagi mengekalkan kesepaduan yang telah lama wujud antara AMANAH dan Keadilan,” tambahnya.

Untuk makluman, Kongres Nasional PKR 2024/2025 telah diselaraskan semula dan dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei 2025 di Johor Bahru. Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita akan diadakan pada 23 Mei, manakala pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijadualkan pada hari yang sama.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat