Amanah Kecam Kekejaman Zionis, Seru Negara Islam Bangkit Bersatu

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) mengecam kekejaman berterusan rejim Zionis Israel yang disifatkan semakin rakus melakukan pembuhuan beramai-ramai (genocide) terhadap rakyat Palestin.

Serangan kejam menyasarkan hospital, masjid, gereja dan orang awam yang mencari bantuan makanan jelas membuktikan Zionis tidak lagi mengenal peri kemanusiaan.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata situasi ini menunjukkan kelemahan umat Islam yang gagal bersatu dalam menghadapi kezaliman tersebut.

“Al-Quran sudah mengingatkan sifat pengkhianatan Zionis yang tidak pernah setia dengan perjanjian. Persoalannya, di manakah kedudukan umat Islam dalam menghadapi kezaliman ini?” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau melahirkan rasa kesal apabila masih ada negara Arab Teluk dan negara Islam dalam NATO yang terus menjalin hubungan dagang dengan Israel walaupun rakyat Palestin terus dizalimi.

Menurutnya, ada ketikanya negara-negara itu mampu bersatu menyerang Yaman, namun gagal bersatu menentang Israel yang disokong kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah.

“Akhirnya kita berhutang budi kepada masyarakat bukan Islam di Eropah dan dunia yang lebih lantang membela Palestin, sedangkan sebahagian negara Islam hanya sekadar mengecam,” ujarnya.

Untuk rekod, Amanah sebelum ini konsisten menyuarakan sokongan terhadap Palestin dan menuntut agar umat Islam bersatu menentang penindasan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat