Oleh: Shafira Aziz
PETALING JAYA: Pergolakan dalaman Perikatan Nasional (PN) bukti jelas kelemahan asas yang membentuk parti itu.
Naib Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak, Syahrunnaim Salehuddin berkata dengan pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung disusuli tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula meletak jawatan sebagai Bendahari PN menambahkan lagi persoalan tentang kestabilan gabungan tersebut.

“PAS, seperti biasa, tidak pernah bertahan lama dalam mana-mana pakatan.
“Sama ada dengan DAP, UMNO, atau kini Bersatu, mereka tetap menunjukkan sikap tidak bertoleransi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut Syahrunnaim, tindakan PAS melepaskan jawatan hanya kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan menunjukkan keutamaan parti tersebut terhadap jawatan berbanding prinsip perjuangan. Malahan reaksi Bersatu yang terkejut juga dipersoalkan.

“Kenyataan ‘terkejut’ mereka hanyalah sandiwara politik.
“Apabila kepentingan diri mengatasi prinsip, perpecahan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan,” ujarnya.
Syahrunnaim menyeru rakyat untuk menilai kredibiliti parti-parti dalam PN yang dilihat lebih mengutamakan jawatan berbanding kebajikan rakyat.
Baca juga: