Amaran hujan berterusan di 4 negeri mulai Sabtu


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran awal terhadap empat negeri Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor untuk bersiap sedia menghadapi hujan berterusan, bermula 4 Januari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata fenomena itu akan berterusan sehingga 6 Januari.

Katanya, di Kelantan tempat yang akan terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Beliau turut berkata, di Pahang pula membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor melibatkan Mersing serta Kota Tinggi.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

“Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat