KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan kategori buruk di Pahang dan Johor yang dijangka berlarutan sehingga Isnin depan.
Menurut Met Malaysia, kawasan terjejas di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor membabitkan Mersing.
Sementara itu, amaran hujan berterusan kategori waspada dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, serta beberapa daerah di Pahang iaitu Jerantut, Maran dan Bera, selain Segamat, Kluang dan Kota Tinggi di Johor.
Met Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan Melaka, Perak (Batang Padang) dan Pahang (Cameron Highlands dan Lipis).
Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin, manakala di Johor melibatkan Tangkak, Batu Pahat dan Pontian.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak, termasuk Kuching, Serian, Samarahan dan Limbang.
Di Sabah, cuaca buruk dijangka melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat, selain Labuan.
Baca juga:








