TOKYO: Gempa bumi berkekuatan 6.9 magnitud diikuti oleh gegaran kedua 7.1 melanda luar pantai selatan Jepun hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Tsunami setinggi satu meter dijangka tiba atau sudah tiba di beberapa kawasan pesisir di pulau Kyushu dan Shikoku, lapor penyiar NHK.

Gempa bumi pertama berlaku pada kedalaman 33 kilometer (20 batu), diikuti dengan gempa kedua berhampiran pada kedalaman 25 kilometer, kata USGS.
“Kerajaan Jepun sudah menubuhkan satu pasukan khas sebagai tindak balas terhadap gempa bumi, menurut satu kenyataan. – AFP
Baca juga: