“Ambo Tarik Diri Dahh!” – Mokhtar Senik Luah Kecewa, Ulama Kelantan Doakan Kesejahteraan PMX

KUALA LUMPUR: Ketika segelintir pihak dilihat sedang giat menggerakkan perhimpunan bagi menolak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Julai ini, suara-suara kecewa dan menyeru kedamaian mula kedengaran dari dalam kelompok yang pernah sinonim dengan retorik lantang.

Bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, dalam satu hantaran Facebook yang tular, menyatakan secara terbuka hasratnya untuk menarik diri daripada perhimpunan tersebut.

“NAK BERHIMPUN LAGI KE 26 HB NI.? AMBO TARIK DIRI DAHH. JGN TANYA AMBO BAKPO. PRU 16 NANTI NGUNDI PUN MALAS,” tulisnya ringkas tetapi penuh makna.

Nada sindiran dan kecewa itu dilihat sebagai isyarat jelas terhadap keletihan segelintir ahli terhadap pendekatan politik jalanan yang berterusan tanpa hasil konkrit. Malah, beliau turut menyatakan rasa tawar hati terhadap pilihan raya umum akan datang, menggambarkan krisis keyakinan terhadap hala tuju perjuangan semasa.

Dalam masa yang sama, seorang tokoh ulama tersohor dari Kelantan, Tuan Guru Syeikh Wazir, turut menjadi perhatian apabila dalam satu majlis rasmi kerajaan baru-baru ini, beliau mendoakan kesejahteraan buat Perdana Menteri.

“Saya tidak doakan kejatuhan Anwar. Saya doakan kebaikan untuk beliau dan negara,” katanya dengan penuh hikmah, walaupun terdapat pihak yang cuba memutar maksud ucapan beliau sebagai satu sindiran.

Tindakan beliau yang memilih untuk menggunakan pendekatan lembut dan berhemah, dilihat sebagai lambang kematangan politik Islam — menjauhkan diri dari budaya memusuhi secara keterlaluan, dan lebih mengutamakan maslahat negara.

Perkembangan ini turut mencetuskan persoalan lebih besar: apakah semakin ramai di kalangan pimpinan dan penyokong pembangkang mula jemu dengan taktik konfrontasi jalanan, dan lebih terbuka kepada pendekatan damai serta reformasi institusi?

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat