AUSTRALIA: Amerika Syarikat dijangka menjadi pihak paling terkesan dalam perang tarif yang dilancarkan Presiden Donald Trump, menurut laporan Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Meskipun dolar Australia dan pasaran saham turut merosot, analisis itu menyatakan dasar Trump berisiko membawa ekonomi Amerika ke dalam kemelesetan.
Trump sebelum ini mengisytiharkan bahawa Amerika bakal memasuki “era keemasan”, namun langkah tarifnya dikatakan bakal merosakkan ekonomi global.
“Rangkaian perdagangan yang dibina selama hampir 80 tahun kini berisiko musnah dalam masa singkat akibat dasar perdagangan Trump”
“Dasar Trump juga boleh meruntuhkan rangkaian perdagangan global dalam masa enam minggu,” tulis laporan itu.
Walaupun Amerika masih menjadi ekonomi terbesar dunia, reputasinya di peringkat antarabangsa semakin tercalar.
Dalam masa sama, Amerika juga berdepan masalah ketidakseimbangan kekayaan dan penurunan taraf hidup yang semakin meruncing.
Trump dikatakan gagal menangani isu defisit bajet dan perdagangan, malah menggunakan masalah tersebut untuk meraih sokongan politik.
Laporan itu memberi amaran bahawa ketergantungan Trump terhadap perdagangan global boleh memberi kesan negatif terhadap kestabilan ekonomi dunia.
Baca jugq: