Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat bersama Pelabur di New York dari 14 hingga 16 April 2024.
Amir Hamzah berkata, bersempena dengan kehadiran beliau dalam Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund – IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (World Bank Group – WBG) 2024 di Washington D.C, Amerika Syarikat dari 17 hingga 19 April 2024.
“Pelabur menunjukkan minat yang tinggi untuk memahami asas dan potensi ekonomi Malaysia serta kemajuan melaksanakan agenda pembaharuan Ekonomi MADANI.
“Keyakinan pelaburan lebih kukuh ekoran pembaharuan fiskal yang telah dilaksanakan kerajaan termasuk mengurangkan defisit, Akta Kewangan Awam dan tanggungjawab fiskal serta penyasaran subsidi seperti elektrik dan air,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, mesyuarat tersebut diadakan untuk memberi penerangan mengenai kedudukan semasa ekonomi dan perancangan kerajaan untuk terus mengukuhkan kewangan negara serta memudahkan pelaburan.
Pada Isnin lalu, Amir Hamzah telah mengadakan sesi libat urus dengan para pelabur dan telah dijadualkan di New York, beliau akan bertemu dengan seramai 50 pelabur global pelbagai bidang industri dan perniagaan Amerika Syarikat.
Sesi libat urus tersebut adalah penting bagi memberi penjelasan mengenai perkembangan dasar-dasar utama kerajaan termasuk pembaharuan fiskal untuk memastikan kemampanan fiskal dan hutang negara.
Baca juga: