Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia dalam Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-11 di Laos pada 3 hingga 5 April ini.
Perbincangan kewangan tersebut tertakluk di bawah agenda Pembiayaan Infrastruktur, Kerjasama Insurans, Pembiayaan Risiko Bencana dan Insurans, Intergrasi Kastam, ASEAN Singe Window, Pengawalseliaan Insurans, Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Pengganas serta Forum Percukaian ASEAN.
Dalam pada itu, Amir turut menjemput barisan Menteri Kewangan ASEAN bagi menjayakan dialog ASEAN-Malaysia pada 2025 dalam mesyuarat tersebut.
Beliau juga terlibat dalam pemantauan prestasi Pelan Hala Tuju Kemajuan Integrasi Monetari Dan Kewangan ASEAN.
Perbincangan tersebut termasuk Liberalisasi Akaun Modal, Pembangunan Pasaran Modal, Liberalisasi Perkhidmatan Kewangan, Integrasi Perbankan, Sistem Pembayaran dan Penyelesaian Serta Keterangkuman Kewangan.
Turut hadir dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
Baca juga: